Your friends are fundraising. Don't miss out, opt in.

Page closed

This page is now closed. Take a look at other inspiring pages on JustGiving

Closed 05/06/2020

0%
£0
raised of £500 target by 0 supporters

    Weʼve raised £0 to Restore, Preserve and Upkeep the LAST Proton 1.5 SE LE in the world

    Closed on Friday, 5th June 2020

    Don't have time to donate right now?

    Story

    This Proton 1.5 SE LE is THE last of its kind and to me (and many others) its something quite special.

    This sounds pretentious writing this, but it is my aim to make it PERFECT - factory standard, showroom condition almost museum quality. There is a "huge" Proton following not only in the UK but further afield and of course in Malaysia the home country of Proton this beast is seen as a national symbol of pride and achievement.

    I appreciate this may raise a few eyebrows. Why have a car if you cannot afford to maintian it? My fear is that unless preserved, the vehicle is going to deteriorate very quickly. If anything this is already a salvage mission.

    I have the car booked in at local bodyshop and their bill is well over £2000 to get it 'perfect'. Any donations towards the upkeep, maintenance or restoration will be wholeheartedly appreciated.

    It is not my intention to upset anyone with this task. If anyone can advise / supply parts / give the link a share then you ARE helping. Thank you all in advance

    Thank You To MOTOQAR for writing the following:

    Oleh - Amirul Hazmi - 7 Februari 2020

    Selamatkan Proton Saga 1.5 SE LE terakhir di dunia ini, kondisi original, perlu sedikit dana untuk pastikan ia terus terjaga!

    Terdapat sebuah Proton Saga 1.5 SE LE original di United Kingdom (UK) yang dipercayai merupakan unit terakhir yang tinggal yang masih dalam running condition (masih boleh dipandu).

    Ini bermakna Saga 1.5 SE LE itu bukan sahaja unit terakhir di UK, boleh jadi unit terakhir di atas muka bumi!

    Ini kerana walaupun kereta itu merupakan Proton Saga generasi pertama yang masih banyak kita nampak di atas jalanraya Malaysia, varian 1.5 SE LE sebenarnya merupakan versi eksport ke UK.

    Pada lewat 80-an hingga awal 90-an, Proton pernah mengeksport Proton Saga 1.3 dan 1.5 ke negara itu dengan varian GL dan SE. Mereka juga turut menerima pelbagai versi edisi terhad seperti Proton Puma, Lynx, Prism, Emerald, dan SE Le Mans yang memberikannya pelbagai kemasan dan ciri unik.

    Kini unit terakhir Saga 1.5 SE LE itu dalam proses restorasi dan pulihara yang bukan sahaja melibatkan penggantian komponen wear and tear, tetapi juga perlindungan seperti anti-karat agar badan kereta kekal terjaga dan tidak reput.

    Motoqar dihubungi oleh pemilik Saga ini sendiri, Jon Coupland yang berkongsi kisah dan situasi keretanya.

    Menurut Coupland, “Kereta ini sesuatu yang agak istimewa buat saya dan ramai lagi di luar sana. Matlamat saya ialah untuk menjadikannya sempurna – keadaan kilang, kondisi bilik pameran dan hampir tahap muzium.”

    “Mungkin ada yang berkata, mengapa pakai kereta jika tak mampu menjaganya? Saya hanya mahu kereta ni dipelihara dengan baik. Bagi saya, ia lebih kepada misi menyelamat.”

    Coupland juga memberitahu bahawa pada masa ini Saga itu telah dihantar ke pusat badan dan bilnya kini mencecah £2000 (RM10,686) untuk memastikannya sempurna.

    Proton Saga 1.5 SE LE ini berbeza dengan Saga yang biasa anda lihat. Ia dilengkapi rim berbeza, logo unik, lampu kabus belakang, spoiler getah, pelekat badan khas dan sunroof.

    Di dalam, Saga SE LE ini mendapat kemasan fabrik putih dan papan pemuka unik untuk pasaran eksport.

    Enjin pula ialah unit 1.5 Magma 8V asal, dan dia telah memiliki kereta ini tahun lepas. Walaubagaimanapun, Saga ini didaftar pada 1990 dan kini mempunyai perbatuan 30,000 batu (48,280km). Agak rendah.

    Dia kini mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk memastikan matlamatnya tercapai dan lebih penting lagi, khazanah negara kita yang berada di UK terus terpelihara.

    Bukan senang untuk melihat Proton di jalanraya UK. Dengan pelbagai undang-undang dan piawaian, model lebih baharu seperti Waja dan Gen.2 pun sukar ditemui kerana tidak begitu relevan untuk memiliki kenderaan berusia lebih 10 tahun di negara-negara maju seperti UK.

    Namun sesetengah kereta seperti Proton Saga generasi pertama dan kereta lain yang sezaman dengannya mungkin masih dimiliki dengan beberapa dokumen khas selain faktor nilai sentimental.

    Sebarang sumbangan kepada Coupland untuk Proton Saga 1.5 SE LE unit terakhir itu boleh disumbangkan di pautan sini. Sedikit kisah dan gambar juga ada dikongsi di situ.

    Coupland juga mengalu-alukan jika anda boleh memberikan maklumat, mengesyorkan alat-ganti, atau kongsi kisah ini agar lebih ramai yang mengetahui akan misinya.

    Kami sendiri sangat menghargai usaha Coupland yang bukan rakyat Malaysia untuk menjaga dan memelihara antara produk yang menjadi kebanggaan negara kita.

    Kami juga berharap agar Coupland berjaya mencapai matlamatnya itu dan dapat terus memandu Saga edisi istimewa ini. Kami akan kongsikan kisah seterusnya sejurus kami mendapat perkembangan terbaharu darinya.

    Updates

    0

    Jon Coupland

    Updates appear here

      4 years ago

      Jon Coupland started crowdfunding

      Leave a message of support

      Page last updated on: 2/6/2020 13.42

      Supporters

      0

        What is crowdfunding?

        Crowdfunding is a new type of fundraising where you can raise funds for your own personal cause, even if you're not a registered charity.

        The page owner is responsible for the distribution of funds raised.

        Great people make things happen

        Do you know anyone in need or maybe want to help a local community cause?

        Create you own page and donʼt let that cause go unfunded!

        About Crowdfunding
        About the fundraiser
        Jon Coupland

        Jon Coupland

        Report this Page